kek span yg di buat oleh faqihah pada petang tadi sempena menyambut Tahun 2012.
Alhamdulilah menjadi...cuma nipis sikit sbb loyangnya besar sangat.
suka anak-anak makan.
topping kat atas tu pun baru belajar....nanti ada follow up ....tunggu
BAHAN - BAHAN
1. 3 biji telur
2. 1 cawan tepung gandum
3. 1 cawan gula (Kurangkan sedikit gula kalau tak nak manis)
4. 2 sudu kecil susu segar
5. 15 gram butter - panaskan susu dan cairkan butter didalamnya
6. esen vanilla - satu tutup tudung esen vanilla
CARA-CARANYA
1. Panaskan oven 180 darjah
2. Asingkan telur putih dan kuning
3. Pukul telur kuning dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
4. Dalam bekas lain pukul putih telur + baki gula sehingga kembang
5. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit.
6. Masukkan kuning telur kedalam adunan
7. Masukkan campuran susu , butter dan esen vanilla - putar hingga sebati.
8. Tuangkan kedalam adunan yg telah dialaskan dengan butter.
TAk sampai countdown kek nie dah habis dimakan......
:))
:))

2 comments:
taniah ummi intan... selamat tahun baru 2012..
Terima kasih..nanti ada menyusul yang baru
Post a Comment