Saturday, 25 February 2012

KERANG MASAK SAMBAL


Hari ini 25/2/2012...aku ditugaskan sebagai AJK Kecil Pertolongan Cemas sempena Kejohanan Bola Keranjang peringkat MSSJ2012.  Pikul 7.00 pagi dah bertolak dari rumah dan singgah disekolah sekejap untuk mengambil pelajar2 yang terlibat dgn PC.  Mujur hari nie suamiku tak bekerja..kalau tak pening juga nak cari orang untuk menjaga anak2 ku yang 5 orang tu..  Aku dah tau ....balik dari bertugas mesti kena masak...kerana anak2 ku semuanya suka makan dirumah.  Terutamanya kakak. Kakak suka makan ramai2 dgn semua ahli keluarga. 

Balik dari bertugas singgah di Billion...cari barang2 yang boleh dimasak dengan cepat.  Masuk2 jea..aku terpandang kerang...apalagi terus aku beli 2 KG.


Inilah hasilnya...........




BAHAN-BAHAN


1. Cili kering  *
2. Bawang Besar 1 labu*
3. Bawang putih 3 ulas*
4. Belacan 1 inci
5. Gula
6. Garam
7. Serai
8. Minyak

CARA_CARANYA

1. Kisar semua bahan yang bertanda *.
2.Panaskan minyak
3. Masukkan bahan kisar kedalam kuali
4. Diikuti dengan serai dan belacan.  Tungu hingga naik minyak.
5. Masukkan gula dan garam
6. Masukkan kerang. (Jangan masukkan air kerana kerang tu nanti akan mengeluarkan air)
7.  Bila ada kulit kerang yang dah terbuka, matikan api. Itu tandanya kerang dah masak.

SENANG, CEPAT DAN MUDAH

15 minit dah siap untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA




Tuesday, 21 February 2012

KEK HARI LAHIR KAKAK FAQIHAH DARWISYAH


20.2.2012 adalah hari lahir kakak....

emmmm....kakak minta ummi buat kek coklat yang ada gambar ana muslim.
dalam hati terasalah malasnya nak buat kek sebab letih.  Tapi bila dengar kata2 kakak  yang beria-ia nak bawa kek tu ke sekolahnya...ummi kuatkan semangat membuatnya.  Kasihan juga bila permintaannya tak dimakbulkan.  Bukannya selalu......


Ummi dengan penuh semangat dan kasih sayang menyiapkan kek permintaan kakak.  Alhamdulilah .....cantik juga hasilnya..



Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum*
1 cwn serbuk koko *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap  gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
Langkah 1 *
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.

Langkah 2
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah guna mixer )

Langkah 3
- masukkan tepung yang diayak tadi, kedalam langkah 2, kacau sebati lagi

Langkah 4
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.

Langkah 5
- sapukan tepi Loyang dgn minyak
- alaskan Loyang dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat
- tuangkan adunan kedalam loyang
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Utk topping (double boil )
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Resepi ini diperolehi dari  CHETAM. Terima kasih yea kerana berkongsi resepi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...