tempat untuk menyimpan segala resepi yang telah dicuba dan sebagai bahan rujukan di masa akan datang....terutamanya untuk anak2 ummi faqihah darwisyah dan diyanah syafiah
Sunday, 29 January 2012
Saturday, 28 January 2012
KERABU JANTUNG PISANG
Wednesday, 11 January 2012
AYAM PAPRIK
menu nie selalu buat bila malas nak masak. lagipun anak2 suka makan. dari yang besar hinggalah yg berumur 2 tahun. kesedapannya terletak pada harumannye. bau daun limau purut.
lagipun menu nie seimbang...ada protein, lemak, garam mineral dan vitamin. yeala....saya kan cikgu ert...kenalah masak yg seimbang utk family. kira lauk nie all in one.
BAHAN-BAHAN
1. 1/2 ekor ayam yang dipotong cincang (mudah utk anak2 makan)
2. 1 labu bawang besar yang dihiris halus
3. 1 inci halia
4. 3 helai daun limau purut (pilih yg bentuk 8- baunya lebih harum)
5. sedikit minyak untuk menumis
6. 1 sudu sos tiram
7. sedikit garam dan gula
8. sedikit kicap
9. kacang panjang
10.lobak - dipotong bulat
CARA-CARANYA
1. Basuh ayam dahulu
2. Panaskan minyak didalam kuali.
3. Masukkan bawang besar yg telah dihiris, halia dan daun limau purut ke dalam kuali.
4. Dah naik bau, masukkan ayam dan gaul.
5. Agak2 ayam dah masak, masukkan sos tiram, kicap, garam , gula dan sedikit air.
6. Akhir sekali masukkan lobak dan kacang pjg yg telah dipotong kecil. Jgn biarkan kacang pjg dimasak dlm tempoh yg lama, nanti hilang khasiatnya dan tak sedap dimakan.
7. Matikan api dan boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA
Sunday, 8 January 2012
KAEDAH MUDAH DAN CEPAT UNTUK MEMASAK
Sebenarnya ini adalah dari pengalaman sendiri. Saya adalah seorang guru yang mengajar pada sesi petang. Apabila balik ke rumah badan dah rasa letih....Ini diikuti pula dengan gelagat anak-anak yang 5 orang tu. Ada yang main, ada yang ketawa dan ada yang menangis. Ini lah suasana setiap kali saya pulang dari sekolah. Dengan keadaan yang macam nie....memanglah saya tak ke dapur. Kalau ke dapur pun memang tak boleh nak masak sebab ada yang pegang kaki, ada yang minta dokong dan segala macam permintaan....
Bila keadaan dah reda sedikit, baru lah saya ke dapur untuk memasak. Bila nak mula masak jea..tiba-tiba ada jea gangguan dari anak-anak. Jadi kesudahannya saya pun tak masak.
Suatu hari ...dengan keizinaan Allah maka saya pun mendapat idea macam mana nak masak dengan cepat walaupun terdapat gangguan dari anak-anak.
Oleh kerana pada hari Jumaat saya mengajar pada sesi pagi, maka sebelah petangnya saya gunakan masa saya untuk membeli barang-barang dapur untuk 1 minggu. Jadi pada setiap hari Jumaat saya dah senaraikan apakah menu untuk minggu tersebut.
Sampai saja di rumah saya pun mengemas semua barang-barang yang baru dibeli. Aktiviti ruti pada hari sabtu ialah memproses barang-barang dapur yang dibeli semalam. Semua sayur yang dibeli saya potong dan simpan didalam bekas yang bertutup. Semua ikan dibasuh ,dibersihkan dan disimpan di dalam bekas yang bertutup. Kalau ada beli ayam, ayam itu hendaklah dipotong cincang dahulu, dibersihkan dan disimpan didalam bekas yang kecil-kecil supaya mudah untuk diambil apabila diperlukan.
Untuk bahan rencahnya pula saya akan
1. Kisar bawang besar + cili kering
Untuk memudahkan saya masak mee goreng, nasi goreng dan lauk-pauk yang berasaskan cili.
2. Ikan bilis + bawang besar + sedikit bawang putih
Untuk memasak sayur,sup, nasi goreng kampung dan lauk pauk yang tidak pedas.
Kedua-dua rencah ini mesti ada dalam peti sejuk. Setengah orang mencampurkan minyak untuk tahan lama tetapi saya tidak suka mencampurkan minyak kerana lapisan atasnya akan beku jika disimpan dalam peti sejuk. Untuk tahan lama simpa kesemua rencah itu dalam bekas yang bertutup dan semasa hendak mengambilnya mestilah menggunakan sudu yang bersih. Insyaallah akan tahan lama.(sekurang-kurangnya 2 minggu).
Dengan kaedah ini saya dapat menjimatkan masa memasak . Thank You ALLAH.....
Sayur dan ikan yang telah diproses untuk disimpan dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA
CARA MEMILIH IKAN SEGAR
Kenapa ini boleh terjadi.....sebab semasa nak beli ikan tu...saya malas nak pegang ikan dengan alasan nanti tangan saya bau hanyir... Inilah padahnya..... Jadi saya nasihatkan kepada semua pembaca dan diri saya sendiri....pilihlah ikan dengan menggunakan jari...jgn gunakan plastik....
Disini saya berikan panduan untuk memilih ikan yang segar.
1. Ikan perlu berbau segar dan bukannya hanyir atau masam.
2. Mata ikan perlu jernih dan tersembul sedikit.
3. Badan ikan sepatutnya berisi padat,berkilat dan mempunyai insang berwarna merah terang.
4. Isi ikan segar akan bersifat kenyal apabila ditekan.
Semoga petua yang diberikan ini dapat memberikan panduan agar kita sebagai pengguna tidak akan ditipu oleh peniaga.
GULAI TULANG
Ini adalah percubaan pertama saya menggunakan rempah cap bunga rose(rempah gulai) yang ada di jual dipantai timur. Biasanya kalau orang johor masak menggunakan rempah kari.
BAHAN-BAHAN
1. 1kg daging/tulang lembu
2. sedikit tepung gandum
3. 3 sudu cili kisar
4. 1 labu bawang besar *
5. 3 ulas bawang merah *
6. 5 ulas bawang putih * * semua bahan dikisar halus
7. 1 inci halia
8. 3 hirisan lengkuas
9. 4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
10. 3/4 cawan santan pekat
11. 2 biji ubi kentang
12. air secukupnya
13. nisan/gula melaka
14. 2 sudubesar kerisik
15. air asam jawa
16. 2 helai daun pandan - disimpul
17. 1 batang kulit kayu manis
18. 5 kuntum bunga cengkih
19. 3 biji buah pelaga
20. 1 kuntum bunga lawang
21. minyak
CARA-CARANYA
1.Tulang/daging kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
2.Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging. Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
3.Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
4.Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
5.Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
6.Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
7.Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
8.Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
9.Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
10.Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni. Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala.
11.Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
12.Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.
PARU MASAK CILI AAPI

Resepi ini sebenarnya diperolehi daripada pembantu rumah saya yang bernama Yus. Yus memang pandai masak masakan Jawa. Bila dia masak semua orang kata sedap. Ramuannya tradisional. Semua bahan ditumbuk menggunakan lesung. Rasa masakannya hampir sama dengan masakan padang. Tapi itu semua tinggal kenangan. Yus dah balik ke Cilacap kerana anaknya sakit. Kami sekeluarga mendoakan agar Yus dan keluarganya sihat walafiat. Inilah satu-satunya masakan dia yang mengingatkan kami kepadanya. Begitu besar pengaruh makanan dalam kehidupan kita. Sebab itu saya menasihatkan semua kaum hawa agar rajin-rajin lah ke dapur untuk masak supaya suami dan anak-anak kita akan sentiasa mengingati kita. Insyallah....................
BAHAN-BAHAN
1. 1kg paru (direbus dahulu)
2. 10 ulas bawang merah
3. 5 ulas bawang putih
4. 15 biji cili padi
5. 3 biji buah keras
6. 1in halia
7. 3 hirisan lengkuas
( semua bahan diatas dikisar halus)
8. minyak masak
9. kicap lemak manis
10.sedikit air
11. sedikit gula
12. sedikit garam
CARA-CARANYA
1. Paru direbus dahulu sehingga empuk. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan goreng paru dahulu sehingga garing . Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang dikisar sehingga menjadi kering.
3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang dikisar sehingga menjadi kering.
4. .Kemudian masukkan paru yang telah direbus. Gaulkan sehingga sebati. Tuangkan sedikit air .
Kacau.
5. Masukkan kicap lemak manis, sedikit gula dan sedikit garam mengikut kesesuaian.
6..Masaklah sehingga semua bahan menjadi sebati.
SELAMAT MENCUBA
APAM BERAS
Dah lama teringin nak buat apam beras nie...tapi tak sempat2. Petang semalam kakak faqihah minta ummi buatkan kuih....dia nak buat sama2. Jadi dlm kepala ummi cuma ingat nak buat apam beras nie jea la...sebab bahan2 nya semua dah ada. Lagipun naka buat apam nie senang jea.
Bukan main suka kakak bila ummi kata nak buat kuih. Pada petang tu, anak-anak yang lain pergi jogging dengan ayahnye....jadi mudahlah ummi dan kakak nak buat kuih. Tak ada gangguan terutama dari sikembar yang rajin mengemas kat dapur tu.
Resepi nie diperolehi dari blog yatiememories.blogspot.com. Terima kasih yea kak kerana menyediakan resepi yang mudah, ringkas dan yang paling penting menjadi. Disini saya minta izin untuk dimuatkan didalam blog saya untuk rujukan pada masa akan datang.
BAHAN-BAHAN
1. 2 cawan nasi
2. 21/2 cawan air
3. 1 cawan gula perang
4. 3/4 cawan gula pasir
5. 2 cawan tepung gandum
6. 2 cawan tepung beras
7. 1 sudu teh yis kering
CARA-CARANYA
1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus
2.Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk. Gaul hingga sebati dan tidak bergentel.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna hijau dan merah.
5. Rehatkan selama 3 jam. Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
6. Kukus selama 15 minit.
7. Sejukkan dan boleh dihidang.
Apam beras nie boleh dimakan begitu saja tanpa dicampur dengan kelapa. Boleh juga dicicah dengan kari daging. Anak2 suka makan apam nie....siabang, kakak dan suami kata boleh dijual kat kedai. Ummi senyum jea....ummi masak pun untuk anak2 dan suami. Kalau diaorang kata sedap...bertambah kembanglah ummi...:))))
Inilah dia kakak Faqihah yang selalu rajin tolong ummi buat kuih..umurnya baru masuk 6 tahun.
Nie baru keluar dari loyang...cantik dan gebu....
Tak sampai satu hari dah habis licin.....
Subscribe to:
Comments (Atom)






