tempat untuk menyimpan segala resepi yang telah dicuba dan sebagai bahan rujukan di masa akan datang....terutamanya untuk anak2 ummi faqihah darwisyah dan diyanah syafiah
Saturday, 31 December 2011
BUTTER CAKE
BAHAN_BAHAN
1. 5 biji telur gred A
2. 150 gram gula kastor
3. 200 gram tepung naik sendiri
(gantikan dgn tepung gandum + 3/4 sudu makan baking powder - diayak)
4. 250 gram butter
5. 1/2 sudu teh esen vanilla
6. Hiasan coklat urai
CARA-CARANYA
1. Alaskan loyang dgn kertas minyak
2. Panaskan oven 170 darjah selama 15 minit
Langkah 1
- Butter + gula ------ putar (2 minit)
- Putar perlahan hingga bertukar warna krim
- Pastikan gula hancur
Langkah 2
- Masukkan telur satu persatu
- Kelajuan putaran sederhana (2-3 minit)
- Kaup bahagian tepi
- Letek esen vanilla agak2 satu penutup then putar lagi (2 minit)
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit (2 minit)
Langkah 3
- Masukkan dalam adunan
- Bakar 45 - 50 minit
Alhamdulilah menjadi bila saya gunakan resepi ini. Suami kata gebu dan sedap. Anak-anak apa lagi....sukalah diaorang...
Gambar di atas tu Kakak Faqihah Darwisyah....usianya baru 5 tahun..tapi dah minat bab masak-memasak nie....nak halang tak boleh takut terbantut pulak minatnya nanti...so layan jealah...
Mudah-mudahan suatu hari nanti kakak terror memasak...tak macam ummi nie yang baru nak belajar memasak...
Inilah hasilnya selepas keluar dari oven....panas-panas lagi....terpaksa kena sejukkan dibawah kipas sebab anak-anak tak sabar nak makan....
Nie yang seronoknye buat kek....bila siap jea terus ada peminatnya...tak sampai 1 jam dah tinggal 1/4 dari loyang tadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
KAKAK DARWISYAH DAH MULA MINAT NAK BUAT KEK.....
bila ler dpt rasa...add blog aku emysweetmemories.blogspot.com.
Post a Comment