20.2.2012 adalah hari lahir kakak....
emmmm....kakak minta ummi buat kek coklat yang ada gambar ana muslim.
dalam hati terasalah malasnya nak buat kek sebab letih. Tapi bila dengar kata2 kakak yang beria-ia nak bawa kek tu ke sekolahnya...ummi kuatkan semangat membuatnya. Kasihan juga bila permintaannya tak dimakbulkan. Bukannya selalu......
Ummi dengan penuh semangat dan kasih sayang menyiapkan kek permintaan kakak. Alhamdulilah .....cantik juga hasilnya..
Bahan-bahan:-
2 cwn tepung
gandum*
1 cwn serbuk
koko *
1 sudu teh
baking powder*
1 sudu teh
soda bikarbonat*
2 biji telur
(Gred A)
1 cwn gula
pasir
1 cwn susu
pekat manis
1 cwn minyak
masak (nak sedap gunalah minyak Mazola)
1 cwn air
panas
Cara-cara:
Langkah 1 *
- ayak
bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
Langkah 2
- satu bekas
lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah guna mixer )
Langkah 3
- masukkan
tepung yang diayak tadi, kedalam langkah
2, kacau sebati lagi
Langkah 4
- last
sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Langkah 5
- sapukan
tepi Loyang dgn minyak
- alaskan
Loyang dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat
- tuangkan
adunan kedalam loyang
- adunan
ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.
Utk topping (double
boil )
1/2 ketul
buttercup
1/2 cwn
serbuk koko
1/2 cwn susu
pekat
Resepi ini diperolehi dari CHETAM. Terima kasih yea kerana berkongsi resepi.
No comments:
Post a Comment