Saturday, 25 February 2012

KERANG MASAK SAMBAL


Hari ini 25/2/2012...aku ditugaskan sebagai AJK Kecil Pertolongan Cemas sempena Kejohanan Bola Keranjang peringkat MSSJ2012.  Pikul 7.00 pagi dah bertolak dari rumah dan singgah disekolah sekejap untuk mengambil pelajar2 yang terlibat dgn PC.  Mujur hari nie suamiku tak bekerja..kalau tak pening juga nak cari orang untuk menjaga anak2 ku yang 5 orang tu..  Aku dah tau ....balik dari bertugas mesti kena masak...kerana anak2 ku semuanya suka makan dirumah.  Terutamanya kakak. Kakak suka makan ramai2 dgn semua ahli keluarga. 

Balik dari bertugas singgah di Billion...cari barang2 yang boleh dimasak dengan cepat.  Masuk2 jea..aku terpandang kerang...apalagi terus aku beli 2 KG.


Inilah hasilnya...........




BAHAN-BAHAN


1. Cili kering  *
2. Bawang Besar 1 labu*
3. Bawang putih 3 ulas*
4. Belacan 1 inci
5. Gula
6. Garam
7. Serai
8. Minyak

CARA_CARANYA

1. Kisar semua bahan yang bertanda *.
2.Panaskan minyak
3. Masukkan bahan kisar kedalam kuali
4. Diikuti dengan serai dan belacan.  Tungu hingga naik minyak.
5. Masukkan gula dan garam
6. Masukkan kerang. (Jangan masukkan air kerana kerang tu nanti akan mengeluarkan air)
7.  Bila ada kulit kerang yang dah terbuka, matikan api. Itu tandanya kerang dah masak.

SENANG, CEPAT DAN MUDAH

15 minit dah siap untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...