Sunday, 8 January 2012

APAM BERAS


Dah lama teringin nak buat apam beras nie...tapi tak sempat2.  Petang semalam kakak faqihah minta ummi buatkan kuih....dia nak buat sama2.  Jadi dlm kepala ummi cuma ingat nak buat apam beras nie jea la...sebab bahan2 nya semua dah ada.  Lagipun naka buat apam nie senang jea.


Bukan main suka kakak bila ummi kata nak buat kuih. Pada petang tu, anak-anak yang lain pergi jogging dengan ayahnye....jadi mudahlah ummi dan kakak nak buat kuih.  Tak ada gangguan terutama dari sikembar yang rajin mengemas kat dapur tu.


Resepi nie diperolehi dari blog yatiememories.blogspot.com.  Terima kasih yea kak kerana menyediakan resepi yang mudah, ringkas dan yang paling penting menjadi.  Disini saya minta izin untuk dimuatkan didalam blog saya untuk rujukan pada masa akan datang.


BAHAN-BAHAN


1. 2 cawan nasi
2. 21/2 cawan air
3. 1 cawan gula perang
4. 3/4 cawan gula pasir
5. 2 cawan tepung gandum
6. 2 cawan tepung beras
7. 1 sudu teh yis kering


CARA-CARANYA


1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus
2.Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk. Gaul hingga sebati dan tidak bergentel.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna hijau dan merah.
5. Rehatkan selama 3 jam.  Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
6. Kukus selama 15 minit.
7. Sejukkan dan boleh dihidang.


Apam beras nie boleh dimakan begitu saja tanpa dicampur dengan kelapa.  Boleh juga dicicah dengan kari daging.  Anak2 suka makan apam nie....siabang, kakak dan suami kata boleh dijual kat kedai.  Ummi senyum jea....ummi masak pun untuk anak2 dan suami.  Kalau diaorang kata sedap...bertambah kembanglah ummi...:))))






Inilah dia kakak Faqihah yang selalu rajin tolong ummi buat kuih..umurnya baru masuk 6 tahun.




Nie baru keluar dari loyang...cantik dan gebu....




Tak sampai satu hari dah habis licin.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...