Sunday, 8 January 2012

CARA MEMILIH IKAN SEGAR

Kadang-kadang apabila saya membeli ikan dikedai, saya lihat ikan itu segar dan cantik lagi. Tetapi bila sampai rumah ikan tu dah lembik dan ada bau hanyir. Bukan tak pernah beli ikan atau tak tahu petua cara memilih ikan ....tetapi dek kerana lihat luaran ikan itu cantik lagi... maka terus terpikat untuk membelinya.


Kenapa ini boleh terjadi.....sebab semasa nak beli ikan tu...saya malas nak pegang ikan dengan alasan nanti tangan saya bau hanyir... Inilah padahnya..... Jadi saya nasihatkan kepada semua pembaca dan diri saya sendiri....pilihlah ikan dengan menggunakan jari...jgn gunakan plastik....


Disini saya berikan panduan untuk memilih ikan yang segar.




1. Ikan perlu berbau segar dan bukannya hanyir atau masam.
2. Mata ikan perlu jernih dan tersembul sedikit.
3. Badan ikan sepatutnya berisi padat,berkilat dan mempunyai insang berwarna merah terang.
4. Isi ikan segar akan bersifat kenyal apabila ditekan.




Semoga petua yang diberikan ini dapat memberikan panduan agar kita sebagai pengguna tidak akan ditipu oleh peniaga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...