tempat untuk menyimpan segala resepi yang telah dicuba dan sebagai bahan rujukan di masa akan datang....terutamanya untuk anak2 ummi faqihah darwisyah dan diyanah syafiah
Sunday, 8 January 2012
KAEDAH MUDAH DAN CEPAT UNTUK MEMASAK
Sebenarnya ini adalah dari pengalaman sendiri. Saya adalah seorang guru yang mengajar pada sesi petang. Apabila balik ke rumah badan dah rasa letih....Ini diikuti pula dengan gelagat anak-anak yang 5 orang tu. Ada yang main, ada yang ketawa dan ada yang menangis. Ini lah suasana setiap kali saya pulang dari sekolah. Dengan keadaan yang macam nie....memanglah saya tak ke dapur. Kalau ke dapur pun memang tak boleh nak masak sebab ada yang pegang kaki, ada yang minta dokong dan segala macam permintaan....
Bila keadaan dah reda sedikit, baru lah saya ke dapur untuk memasak. Bila nak mula masak jea..tiba-tiba ada jea gangguan dari anak-anak. Jadi kesudahannya saya pun tak masak.
Suatu hari ...dengan keizinaan Allah maka saya pun mendapat idea macam mana nak masak dengan cepat walaupun terdapat gangguan dari anak-anak.
Oleh kerana pada hari Jumaat saya mengajar pada sesi pagi, maka sebelah petangnya saya gunakan masa saya untuk membeli barang-barang dapur untuk 1 minggu. Jadi pada setiap hari Jumaat saya dah senaraikan apakah menu untuk minggu tersebut.
Sampai saja di rumah saya pun mengemas semua barang-barang yang baru dibeli. Aktiviti ruti pada hari sabtu ialah memproses barang-barang dapur yang dibeli semalam. Semua sayur yang dibeli saya potong dan simpan didalam bekas yang bertutup. Semua ikan dibasuh ,dibersihkan dan disimpan di dalam bekas yang bertutup. Kalau ada beli ayam, ayam itu hendaklah dipotong cincang dahulu, dibersihkan dan disimpan didalam bekas yang kecil-kecil supaya mudah untuk diambil apabila diperlukan.
Untuk bahan rencahnya pula saya akan
1. Kisar bawang besar + cili kering
Untuk memudahkan saya masak mee goreng, nasi goreng dan lauk-pauk yang berasaskan cili.
2. Ikan bilis + bawang besar + sedikit bawang putih
Untuk memasak sayur,sup, nasi goreng kampung dan lauk pauk yang tidak pedas.
Kedua-dua rencah ini mesti ada dalam peti sejuk. Setengah orang mencampurkan minyak untuk tahan lama tetapi saya tidak suka mencampurkan minyak kerana lapisan atasnya akan beku jika disimpan dalam peti sejuk. Untuk tahan lama simpa kesemua rencah itu dalam bekas yang bertutup dan semasa hendak mengambilnya mestilah menggunakan sudu yang bersih. Insyaallah akan tahan lama.(sekurang-kurangnya 2 minggu).
Dengan kaedah ini saya dapat menjimatkan masa memasak . Thank You ALLAH.....
Sayur dan ikan yang telah diproses untuk disimpan dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment