Sunday, 8 January 2012

PARU MASAK CILI AAPI





Resepi ini sebenarnya diperolehi daripada pembantu rumah saya yang bernama Yus. Yus memang pandai masak masakan Jawa. Bila dia masak semua orang kata sedap. Ramuannya tradisional. Semua bahan ditumbuk menggunakan lesung. Rasa masakannya hampir sama dengan masakan padang. Tapi itu semua tinggal kenangan. Yus dah balik ke Cilacap kerana anaknya sakit. Kami sekeluarga mendoakan agar Yus dan keluarganya sihat walafiat. Inilah satu-satunya masakan dia yang mengingatkan kami kepadanya. Begitu besar pengaruh makanan dalam kehidupan kita.  Sebab itu saya menasihatkan semua kaum hawa agar rajin-rajin lah ke dapur untuk masak supaya suami dan anak-anak kita akan sentiasa mengingati kita. Insyallah....................


BAHAN-BAHAN



1. 1kg paru (direbus dahulu)
2. 10 ulas bawang merah
3.  5 ulas bawang putih
4. 15 biji cili padi
5. 3 biji buah keras
6. 1in halia
7. 3 hirisan lengkuas
    ( semua bahan diatas  dikisar halus)
8. minyak masak
9. kicap lemak manis
10.sedikit air
11. sedikit gula
12. sedikit garam


CARA-CARANYA

1. Paru direbus dahulu sehingga empuk. Ketepikan.
2.Panaskan minyak  dan goreng paru dahulu sehingga garing . Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang dikisar sehingga menjadi kering.
4. .Kemudian masukkan paru yang telah direbus. Gaulkan sehingga sebati. Tuangkan sedikit air . 
    Kacau.
5.  Masukkan kicap lemak manis,  sedikit gula dan sedikit garam mengikut kesesuaian.
6..Masaklah sehingga semua bahan menjadi sebati.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...